Wednesday, December 29, 2010

Kaspersky Internet Security 2011, Perisian Antivirus yang Bagus!!



Bagi pengguna komputer, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah perisian antivirus yang sesuai dan bagus untuk mereka install pada komputer mereka. Post pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dan membuat review ringkas mengenai Kaspersky Internet Security 2011. Mengapa ya saya mahu bercerita mengenai perisian antivirus Kaspersky ni? Ini kerana saya adalah pengguna setia perisian antivirus ini.

Sebelum saya mengulas mengenai antivirus ini, ingin saya ingatkan kepada anda bahawa saya bukanlah seorang profesional untuk membuat ulasan, komen atau pandangan mengenai antivirus ini. Hanya sekadar pengetahuan, pengalaman dan pandangan peribadi sahaja.

Terdapat pelbagai produk daripada Kaspersky seperti Kaspersky Antivirus, Kaspersky Internet Security dan banyak lagi. Boleh rujuk di sini : http://www.kaspersky.com/products
Saya refer kepada anda supaya menggunakan Kaspersky Internet Security kerana ia menawarkan fungsi keselamatan yang lebih lengkap daripada Kaspersky Antivirus. Hendak lihat perbandingan penuh boleh lihat di sini : http://www.kaspersky.com/compare




Saya mula menggunakan KIS2011 (ringkasan Kaspersky Internet Security 2011) pada tahun 2009 selepas dicadangkan oleh rakan saya dan saya terus membelinya dengan harga yang boleh dikatakan murah juga. Buat pengetahuan para pembaca, KIS2011 adalah perisian antivirus yang mendapat ranking kedua dalam senarai antivirus di web http://anti-virus-software-review.toptenreviews.com/v2/



Baiklah, perkara pertama yang saya ingin kongsikan mengenai antivirus ini ialah antaramukanya yang simple dan mesra pengguna (bagi sayalah.. sebab dah biasa guna)


Selain itu juga, anda boleh menukar skin default di atas kepada skin yang lain. Pelbagai skin yang telah dicipta oleh para pengguna Kaspersky yang boleh didapati pelbagai laman forum kaspersky. Google sahaja 'kaspersky skin' maka akan keluarlah pelbagai link untuk mendapatkan skin yang kreatif dan cantik. Anda pilihlah yang mana berkenan.


Cantik....




Ringkas...

Ini adalah contoh skin yang saya gunakan. Terdapat banyak lagi skin yang boleh anda search di internet. Pastinya anda rambang mata memilih skin yang cantik-cantik!

Jika anda mahu menggunakan KIS2011 ini, keperluan sistem yang mesti ada mestilah seperti yang berikut, barulah komputer tidak terasa 'berat'.


Untuk pengetahuan anda, Kaspersky tidak menawarkan versi percuma seperti AVG, Avira, Avast dan lain-lain. Kaspersky hanya menawarkan tempoh percubaan selama 30 hari sahaja dan apabila sudah tamat tempoh anda dikehendaki membeli key di laman webnya atau di mana-mana kedai komputer. Boleh download installer di link ini secara percuma : http://www.kaspersky.com/kis_latest_versions dan boleh aktifkan trial version jika anda mahu cuba uji antivirus ini dan anda boleh beli keynya secara online di http://www.antivirus365.net/products/internet_security.php Web ini adalah eStore rasmi Kaspersky di Asia Tenggara dan semestinya mereka menjual key yang original, bukannya crack, patch dan sebagainya.

Saya juga menggunakan KIS2011 pada netbook saya dan ia berfungsi dengan baik tanpa menjejaskan prestasi netbook saya. Tidaklah berat sangat antivirus ini. Yang pastinya, insyaallah antivirus ni dapat menghindarkan komputer anda daripada digodam, terkena virus, trojan atau malware yang berbahaya.

Setakat itu sahaja ulasan saya, selebihnya anda boleh cuba sendiri perisian antivirus ini untuk merasai pengalaman yang sebenar. Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment