


Bagi pengguna komputer, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah perisian antivirus yang sesuai dan bagus untuk mereka install pada komputer mereka. Post pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dan membuat review ringkas mengenai Kaspersky Internet Security 2011. Mengapa ya saya mahu bercerita mengenai perisian antivirus Kaspersky ni? Ini kerana saya adalah pengguna setia perisian antivirus ini.
Sebelum saya mengulas mengenai antivirus ini, ingin saya ingatkan kepada anda bahawa saya bukanlah seorang profesional untuk membuat ulasan, komen atau pandangan mengenai antivirus ini. Hanya sekadar pengetahuan, pengalaman dan pandangan peribadi sahaja.