Wednesday, December 29, 2010

Kaspersky Internet Security 2011, Perisian Antivirus yang Bagus!!



Bagi pengguna komputer, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah perisian antivirus yang sesuai dan bagus untuk mereka install pada komputer mereka. Post pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dan membuat review ringkas mengenai Kaspersky Internet Security 2011. Mengapa ya saya mahu bercerita mengenai perisian antivirus Kaspersky ni? Ini kerana saya adalah pengguna setia perisian antivirus ini.

Sebelum saya mengulas mengenai antivirus ini, ingin saya ingatkan kepada anda bahawa saya bukanlah seorang profesional untuk membuat ulasan, komen atau pandangan mengenai antivirus ini. Hanya sekadar pengetahuan, pengalaman dan pandangan peribadi sahaja.

Tuesday, December 28, 2010

My Lovely PC.. hehe...

Assalamualaikum..

Ni adalah post pertama untuk blog saya yang pertama kali saya wujudkan. Selama ni saya duk merayau je kat blog orang. Sekarang saya pula nak buat blog dan mempersilakan para pembaca blog saya memberi komen dan pandangan.

Ok.. Post saya yang sulung ni adalah berkenaan benda yang paling saya suka dan sayang.. Of Course my PC.. Hehe...

PC saya ni dibeli pada bulan April yang lepas. Saya minta tolong rakan saya untuk buatkan high performance PC dengan tujuan tak lain dan tak bukan.......... MAIN GAME.. hehe.. Oklah.. Anda nak tahu berapakah yang telah saya belanjakan untuk membeli PC ni? Ada la dalam 3K lebih juga.. Tak tau la berbaloi ke tak.. Tapi saya berasa cukup puas hati dengan PC ni..